5 Perbezaan Penapis Air Antara Cuckoo dan Coway di Malaysia

Anda pastinya pening nak pilih mana satu pilihan terbaik antara memilih penapis air cuckoo dan coway, ini kerana kedua-dua ini merupakan penapis air yang TOP di Malaysia dan kedua-dua ini juga berasal dari Korea dan memiliki sijil halal.

Oleh itu, penulis ingin kongsikan kepada anda 5 perbezaan antara penapis air cuckoo dan coway yang menjadi pilihan. Anda bolehlah fikirkan mana satu yang sesuai mengikut citarasa dan sesuai dengan pelaburan anda untuk mendapatkan air bersih untuk keluarga anda. 5 perbezaan tersebut adalah:-

1. Jenis Tapisan

Penapis Air Cuckoo

Cuckoo menggunakan Nano Positive. Nano positive ini satu teknologi tapisan air yang menapis hampir keseluruan kotoran dan benda asing berbahaya di dalam air dengan hanya meninggalkan bakteria berguna dan garam mineral yang diperlukan di dalam tubuh. Penapis air Cuckoo ini memiliki 4 jenis filter iaitu :

  1. Sedimen Filter (Tukar 4 bulan sekali) – Kotoran seperti karat,tanah,habuk dan zarah disingkirkan melalui sediment filter
  2. Pre-Carbon Filter (Tukar 4 bulan sekali) – Melalui tapisan Pre Carbon Filter,bakteria dan virus akan ditapis melalui tapisan ini
  3. Natural Filter (Tukar setiap 12 bulan) – Melalui Natural Filter proses penyerapan kedua dan penghasilan mineral yang mengeluarkan air beralkali ringan diproses disini
  4. Nano Positive Filter ( Tukar setiap 12 bulan) – Tapisan ini akan menghapuskan 99% bakteria dan virus,juga bahan berbahaya seperti logam berat didalam air,alga,kulat dan lain-lain akan ditapis disini dan pada masa yang sama,mineral yang baik untuk tubuh akan dikekalkan

Anda juga boleh rujuk sini dari laman rasmi Cuckoo tentang Jenis Tapisan Air Penapis Cuckoo

Penapis Air Coway

Manakala Coway pula menggunakan Reverse Osmosis. Seperti yang anda tahu coway terkenal dengan sistem tapisan RO, melalui sistem ini air akan ditapis nipis sehingga 99.99% bakteria dan juga benda asing di dalam air. Jadi air yang ditapis sangat halus dan sangat bersih. Penapis air coway juga  memiliki 4 jenis filter iaitu :-

  1. Neo Sense (Tukar 6 bulan sekali) – Menyingkirkan benda asing ,klorin, volatile organic compound (VOC) dan meleraikan kotoran organik dan bukan organik
  2. Reverse Osmosis Membrane (Tukar setiap 24 bulan sekali) – Pada tapisan ini,logam berat dan ion organik serta bukan organik disingkirkan
  3. Plus Inno Sense (Tukar setiap 18 bulan sekali) – Bau disingkirkan melalui tapisan ini,serta memperbaiki rasa air
  4. Ceramic (Tukar setiap 12 bulan sekali) – Menghalang pembiakan mikro organisma dalam tangki air.Pembiakan mikro organisma dan bakteria akan dibantutkan melalui filter ini
Coway Filter

Anda juga boleh rujuk sini  untuk tahu lagi tentang FILTER DARI COWAY

2. Kualiti Air dan Bacaan PH

Penapis Air Cuckoo

Sistem tapisan Nano Positive menghasilkan air bermineral dan beralkali ringan. Air yang ditapis oleh penapis air Cuckoo adalah selamat dan sihat kerana kandungan alkali ringan serta kandungan mineralnya. Bacaan pH air yang ditapis oleh penapis air Cuckoo adalah sekitar 7.0 (Natural) hingga 8.0 (alkali ringan).

Penapis Air Coway

Sistem tapisan Reverse Osmosis menapis hampir semua benda asing didalam air menjadikan airnya sangat tulen (pure). Penapis Membran R.O adalah sekitar 0.0001 micron, sangat halus. Metal ion atau karat bersaiz antara 0.001 – 0.0001 hanya boleh ditapi sehingga 99.9% dengan penapis R.O. Bacaan pH air yang ditapis oleh penapis air Coway pula adalah sekitar pH 6.5 hingga pH 7.5.

3. Kekerapan Servis

Servis amatlah penting untuk penapis air kerana servis akan menentukan kadar kebersihan air di rumah anda. Sama juga seperti water cooler di sesebuah sekolah ataupun organisasi, kadang-kadang kita sakit tekak bila minum air daripada water cooler tersebut, sebab utamanya ialah jurang waktu servis itu sendiri. Jadi penapis air untuk setiap coway dan cuckoo adalah :-

  1. Coway servis 2 bulan sekali termasuk tukar penapis & waranti

Jom lihat servis coway yang dilakukan oleh Mira Filzah, artis terkenal tanah air.

2. Cuckoo servis 4 bulan sekali, termasuk tukar penapis & waranti

Lihat video servis yang dilakukan oleh cuckoo

4. Kontrak Sewa

Penapis Air Cuckoo

  • Normal Plan

– Boleh sewa tahun 1-3, kemudian pulangkan semula ke pihak Cuckoo

– Servis dan Filter PERCUMA sepanjang tempoh sewa

– Jika nak miliki penapis air Cuckoo, sambung sewa tahun 4-5. Kemudian Cuckoo akan berikan penapis air selepas habis bayar

  • Good Plan

– Bulanan serendah RM60/bulan (murah dan mampu milik)

– Servis dan Filter PERCUMA sepanjang tempoh sewa

– Kontrak perlu bayar sampai habis

– Lepas habis bayar, Cuckoo akan berikan penapis air. Mesin tidak boleh pulangkan semula kepada pihak Cuckoo

Penapis Air Coway

Hanya Normal Plan :

– Boleh sewa tahun 1-3, kemudian pulangkan semula ke pihak Coway

– Servis dan Filter PERCUMA sepanjang tempoh sewa

– Jika nak miliki produk Coway, sambung sewa tahun 4-5. Kemudian Coway akan berikan produk selepas habis bayar

5. Harga Cuckoo vs Coway

Penapis Air Cuckoo

Penapis air Cuckoo lebih murah berbanding Coway. Tiada yuran pendaftaran, tiada yuran proses, tiada yuran pemasangan. Cuckoo RM0 yuran pendaftaran. Lihat sini untuk dapatkan harga promosi cuckoo

Penapis Air Coway

Harga mahal sedikit kerana ia adalah jenama premium yang sudah dikenali khas untuk penapis air. Coway tampak mahal sedikit berbanding Cuckoo kerana servisnya yang kerap iaitu 2 bulan sekali dan saiz tangki penapis airnya yang lebih besar berbanding Cuckoo. Boleh lihat sini untuk dapatkan harga setiap produk penapis air coway 

Tiada yuran pendaftaran.

Kesimpulaannya, penapis air Cuckoo dan Coway tidak mengambil sebarang caj pendaftaran, penghantaran dan pemasangan. Kalau diambil kira tentang harga, kedua-dua jenama ini sebenarnya boleh dikatakan lebih kurang harganya.

Itulah dia perbezaan antara cuckoo dan coway yang saya dapat kongsikan. Semoga anda dapat tahu dan kenalpasti apakah penapis air yang sesuai buat keluarga anda.

Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan coway boleh layari laman web coway untuk info lanjut dan kepada yang berminat untuk order cuckoo boleh dapatkan dari saya bantu anda dapatkan penapis air cuckoo terbaik dan sesuai untuk anda. Hubungi saya +60 11-1329 6528 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ada Pertanyaan?Jom Whatsapp Saya
error: Content is protected !!
Scroll to Top