Pengguna CUCKOO Meninggal Dunia. Bagaimana?

Jika Pengguna Cuckoo Meninggal Dunia Sebelum Habis Bayar. Bagaimana?

Ramai yang tanya pasal ni, suka saya nak kongsikan apa nak buat kat mesin CUCKOO tuh bila pemilik meninggal dunia.
Pewaris ada dua pilihan. Tapi yang ni applicable untuk yang ambik rental plan saja;
1. Pulangkan semula pada CUCKOO tanpa sebarang penalti.. atau
2. Pewaris boleh terus sambung bayar.
 
Pilihan 1 : PULANGKAN SEMULA.
Macamana nak pulangkan semula pada CUCKOO?
Pewaris just call Hotline 1800888181 atau Cuckoo (0390782839) untuk memaklumkan kematian penyewa. Kemudian hantarkan saja sijil kematian kepada Cuckoo. Penapis air Cuckoo tu akan diambil semula oleh pihak Cuckoo. Pewaris tidak perlu membayar baki sewa (yang masih dalam tempoh kontrak) lagi.
 
Pilihan 2 : SAMBUNG BAYAR
Pewaris hanya perlu hubungi Cuckoo untuk memaklumkan kematian pelanggan. Kemudian hantarkan saja sijil kematian kepada Cuckoo dan maklumkan kepada pihak Cuckoo yang waris ingin menyambung kontrak. Maklumat pewaris akan digantikan dengan pelanggan asal. 
 
Pewaris perlu berikan kepada Cuckoo maklumat yang sama seperti pelanggan asal sebelum ini seperti
• Nama
• IC
• No kad debit/kredit
• Alamat
• No telefon
• Emel
• Waris terdekat
 
Lepas habis saja urusan bersama Cuckoo, pewaris boleh kembali menyambung kontrak bersama Cuckoo.
Sebarang Pertanyaan Boleh Whatsapp Saya
 
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ada Pertanyaan?Jom Whatsapp Saya
error: Content is protected !!
Scroll to Top